Prinsip Duluan kehakiman

Prinsip stare decisis boleh dibahagikan mengikut dua komponen:

Pertamanya merupakan peraturan bahawa satu keputusan yang dibuat oleh mahkamah tinggi adalah duluan mengikat yang mahkamah rendah tidak boleh batalkan.

Keduanya merupakan prinsip yang satu mahkamah tidak seharusnya membatalkan suatu keputusan yang dibuat oleh dirinya sendiri pada suatu ketika dahulu kecualilah apabila terdapat satu alasan kuat untuk berbuat demikian. Prinsip kedua ini lebih berbentuk nasihat yang boleh dan sememangnya diketepikan mahkamah dari masa ke semasa.

Stare decisis secara menegak

Secara am, satu sistem common law mempunyai mahkamah perbicaraan, mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi. Mahkamah-mahkamah rendah mentadbirkan kebanyakan keadilan seharian. Mahkamah-mahkamah ini juga dimestikan mengikut duluan yang diputuskan mahkamah rayuan untuk bidang kuasa mereka dan mahkamah tinggi.

Mahkamah rayuan hanya dimestikan mengikut keputusan mahkamah tinggi. Aplikasi doktrin stare decisis dari satu mahkamah tinggi pada mahkamah rendah kadangkala dirujuk sebagai stare decisis secara menegak.

Stare decisis secara mendatar

Dalam sistem kehakiman persekutuan Amerika Syarikat, mahkamah rayuan perantaraan dibahagikan mengikut "litar". Setiap panel hakim mesti mengikut capaian keputusan dalam kes rayuan yang terdahulu. Duluan mahkamah rayuan Amerika Syarikat hanya boleh ditolak oleh mahkamah en banc, iaitu satu sidangan kesemua hakim rayuan aktif litar berkenaan, atau Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Apabila satu mahkamah mengikat dirinya, aplikasi doktrin duluan ini kadangkala dipanggil stare decisis secara mendatar. Negeri New York mempunyai struktur rayuan yang serupa kerana ia terbahagi dalam empat jabatan rayuan yang diselia oleh mahkamah rayuan tertinggi Negeri New York. Keputusan satu jabatan rayuan tidak mengikat jabatan lain, dan dalam sesetengah kes jabatan -jabatan berkenaan mempunyai perbezaan secara signifikasi dalam perkara-perkara asas undang-undang.

Tempat rayuan terakhir

Mahkamah tertinggi United Kingdom iaitu House of Lords tidak perlu mengikut keputusan lepasnya sendiri sehingga kes London Street Tramways lwn London County Council [1898] AC 375. Selepas kes ini sebarang perubahan pada undang-undang berkenaan sesuatu perkara hanya boleh dipinda oleh Parlimen melalui statut.

Situasi ini berubah selepas pengeluaran Penyataan Pengamalan pada tahun 1966. Ia membenarkan House of Lords meminda undang-undang Inggeris bersesuaian peristiwa semasa. Dalam kes R lwn G & R pada tahun 2003 House of Lords menolak keputusannya dalam kes Caldwell 1981 yang telah membenarkan dirinya mendirikan mens rea ("minda yang bersalah") dengan menyukat kelakuan seseorang defendan berbanding "seorang waras" dengan tidak mengira keadaan sebenar minda defendan itu.

Walau bagaimanapun, Penyata Pengamalan amat jarang diaplikasi House of Lords dan hanya digunakan sebagai pilihan terakhir. Dari tahun 2005 House of Lords menolak keputusannya yang terdahulu tidak lebih daripada 20 kali kerana bimbang penggunaannya secara berlebihan akan memperkenalkan ketidakpastian dalam undang-undang. Dalam R v Kansal (2002) umpamanya majoriti ahli House of Lords berpendapat bahawa R v Lambert (kes terdahulu) diputuskan secara tidak betul akan tetapi tidak mahu menolak keputusan terdahulu mereka.

Aplikasi pada sistem perundangan Inggeris dan Malaysia

Doktrin duluan mengikat atau stare decisis amat penting kegunaannya pada sistem perundangan Inggeris. Satu duluan merupakan kenyataan yang dibuat oleh seorang hakim dalam membuat sesuatu keputusan. Doktrin ini menyatakan bahawa satu keputusan yang dibuat oleh satu mahkamah atasan akan mengikat mahkamah-mahkamah bawahan. Ini bermakna apabila para hakim membicarakan satu kes mereka akan cuba mencari sama ada satu kes yang mempunyai fakta yang sama telah diputuskan oleh mahkamah yang lebih tinggi atau sama statusnya terlebih dahulu dan sekiranya ada maka hakim berkenaan harus mengikuti kata putus dalam kes itu sebagai duluan yang telah diputuskan. Jika terdapat satu duluan dalam mahkamah yang lebih rendah, hakim berkenaan tidak perlu mengikutinya akan tetapi mungkin menimbangkannya. House of Lords di England tidak perlu mengikut duluannya sendiri dan begitulah juga keadaannya dengan mahkamah persekutuan di Malaysia, yang merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia.

Hanya kenyataan undang-undang mengikat, dan ini dikenali sebagai sebab keputusan atau dalam istilah bahasa Latin, ratio decidendi. Kesemua alasan lain yang tidak penting dikenali sebagai obiter dictum (atau obiter dicta sekiranya lebih daripada satu). Lihat kes Rondel lwn Worsley (1969) 1 AC 191. Satu duluan tidak mengikat satu mahkamah sekiranya ia didapati bahawa terdapat kurangnya perhatian dalam pengendalian kes itu ("Per Incuriam") sebagai contoh jika tiada provisi statut atau duluan lain yang dibawa dan diimbangi mahkamah dalam kes berkenaan. Jika mahkamah mendapati bahawa terdapat perbezaan material antara kes-kes maka ia boleh memilih untuk tidak mengikut duluan. Duluan menyakini pula merupakan mereka yang diputuskan oleh mahkamah-mahkamah rendah atau asing, dan mungkin menyakini tetapi tidak mengikat dalam pengaplikasian mereka. Perkara yang paling penting merupakan fakta bahawa duluan boleh ditolak oleh satu keputusan mahkamah yang lebih tinggi atau satu Akta parlimen. Keputusan kehakiman bersifat kebelakangan, manakala Akta parlimen sentiasa bersifat kedepanan kecualilah dinyatakan sebaliknya.

Situasi terakhir ini merupakan masalah sistem duluan yang paling besar dalam pada bahawa sekiranya satu mahkamah yang tinggi menolak satu duluan yang berusia, maka kemungkinan amat besar bahawa banyak kes yang didasarkan duluan berkenaan akan kembali ke mahkamah. Justeru itu, kebarangkalian satu duluan ditolak semakin kurang mengikut usianya.

Bagaimana para hakim menafsir duluan

Terdapat tiga peraturan di mana para hakim di United Kingdom dan Malaysia guna dalam menafsir undang-undang dan ini disenaraikan di bawah sebagai bantuan kebiasaan yang satu hakim punyai, termasuk akses ke semua kes lalu, di mana satu duluan diputuskan dan satu kamus bahasa Inggeris atau bahasa Melayu yang bagus.

Rukun Harafiah

Hakim seharusnya berlaku seperti kata perundangan berbanding cuba melakukan apa yang ia maksud, iaitu hakim seharusnya menggunakan maksud harian untuk kata-kata, sekalipun jika ini menjadikan keputusan yang tidak adil atau tidak dikehendaki. Satu contoh yang baik masalah kaedah ini adalah R v Maginnis (1987) dalam mana beberapa hakim menemui beberapa maksud berbeza perkataan "menyediakan" (supply).

Rukun Emas

Digunakan apabila pengaplikasian rukun harafiah akan menjadikan keputusan yang tidak logik. Mahkamah seharusnya menemui kesusuhan yang nyata sebelum menolak penggunaan rukun harafiah. Terdapat dua cara di mana Rukun Emas boleh diaplikasi;

a) Pengertian sempit

Apabila terdapat dua maksud berlawanan terhadap satu perkataan yang digunakan dalam satu provisi perundangan ataupun ia mempunyai maksud samaran. Dalam kes sebegini, maksud yang lebih logik digunapakai. Sebagai contoh dalam kes Adler lwn George (1964) defenden telah didapati bersalah dibawah Akta Rahsia Rasmi 1920 dan mahkamah memutuskan untuk tidak mengikuti maksud harafiah ayat-ayat Akta berkenaan.

b) Pengertian luas

Versi rukun emas ini digunakan hanya apabila terdapat satu cara di mana undang-undang yang diaplikasi boleh ditafsirkan. Sebagai contoh, apabila penggunaan Rukun Harafiah akan membawa maksud tidak logik. Sebagai contoh Re Sigsworth (1935).

Rukun Nakal

Merupakan kaedah yang paling fleksibel antara kaedah-kaedah lain yang berasal daripada Kes Heydon (Heydon's Case (1584)) kerana ia membenarkan pengaplikasian tujuan satu statut berbanding apa yang terkandung dalam statut berkenaan. Sebagai contoh dalam kes Corkery lwn Carpernter (1950) yang berkenaan satu lelaki yang didapati mabuk dalam pengawasan satu gerabak, meskipun dia hanya mempunyai satu basikal.

Sebagai tambahan kepada ketiga-tiga peraturan ini terdapat tiga lagi peraturan yang kurang penting, iaitu Ejusdem generis (penggunaan perkataan am seperti "kucing, anjing dan perkataan-perkataan lain" bermaksud haiwan belaan), Expressio unius est exclusio aleterius (kenyataan satu atau lebih perkara membawa makna pengecualian kesemua yang lain) dan Noscitur a sociis (satu perkataan mesti mengambil makna daripada konteks di mana ia dijumpai).